MATE akan menyambut Hari Ulang Tahun ke 30 tepat pada 01 Jun
2010. Syabas! Kepada semua warga MATE yang terus berusaha kearah kecemerlangan
yang berkekalan. Pada detik itu MATE telah begitu matang terhadap tugas dan
peranan nya mempertahankan kewibawaan sebagai sebuah institusi keadilan
timbangtara (arbitral adjudication) yang komited menyelesaikan sebarang
pertikaian diantara individu dan individu juga individu dan institusi atau sesama
institusi dalam mendukung kedaulatan undang – undang.
Pihak pengurusan MATE akan
menyambut ulangtahun ke 30 ini selama tiga (3) bulan dan berakhir pada 31 Ogos
2010.